Apa khabar? Sihat semua? Bella harap semua sihat belaka. Hari ini Bella masih dalam mood kitar semula. Hehehehe 😁😁😁 Jangan tanya kenapa Bella masih lagi dalam mood kitar semula.
Benda baik kita amalkan bersama. Sama-sama kita dapat manfaat daripada apa yang kita buat. Betul kan? 😊
Oleh itu, Bella nak kongsi antara keratan akhbar yang menunjukkan akan kitar semula yang telah dijalankan di negara kita.
- Kesedaran tentang kitar semula ini memang patut dijalankan dari peringkat sekolah lagi.
- Dengan adanya kelab Kitar Semula di semua sekolah, para pelajar sedikit sebanyak dapat menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang kepentingan kitar semula serta aktiviti yang boleh dilakukan dengan bahan terpakai.
Dalam masa yang sama, Bella terjumpa akan satu laporan tentang program kitar semula yang dijalankan oleh Kelab Alam Sekitar oleh IPG Batu Melintang.
LAPORAN AKTIVITI KITAR SEMULA
Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi 2011/2012. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.
Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Warden, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini.
Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang berhadapan dengan sinki di blok KKWA dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan guru-guru pelatih meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas gotong-royong dijalankan.

Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Institusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang.
PENDAPAT BELLA 😀:
Bagi Bella, kesedaran akan kitar semula ini memang perlu dipertingkatkan. Kenapa? Banyak manfaat yang semua orang boleh dapat. Antaranya ialah dapat mengurangkan jumlah sampah yang bertambah dari hari ke hari. Di samping itu, kita dapat gunakan balik bahan terpakai yang sedia ada untuk dijadikan bahan yang berguna untuk kita. Bella harap, dengan pengkongsian tentang kitar semula ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai akan pentingnya kitar semula.
No comments:
Post a Comment