Saturday, 29 April 2017

Hai semua!! 💕💕
Kita jumpa lagi. Terima kasih sebab sudi menjengah ke blog Bella. Bella harap melalui perkongsian Bella yang telah Bella kongsikan akan dapat menolong sesiapa yang ingin mencari maklumat mengenai kitar semula. 

Okay. Hari ini Bella nk kongsi pasal 3R. Bella lupa nak tulis tentang 3R ini. Haa apa itu 3R? Jeng jeng jeng! Mari baca dan fahami! 💪💪



AMALAN 3R

Reduce – Pengurangan 👈

  • Hanya beli apa yang diperlukan:


Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

  • Beli produk yang boleh diguna semula:



Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.




  • Beli pencuci serbaguna:

Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.




  • Beli barangan yang kurang bungkusan:

Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.




  • Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:

Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.



  • Beli produk tidak bertoksik:


Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.





  • Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:

Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.



Reuse - Guna Semula 👈


  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah. 
  • Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap. 
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  • Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  • Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula. 


Recycle – Kitar Semula 👈



1.Kitar semula di rumah


  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.


2.Mengitar semula di laman anda:



  • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
  • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.


3.Mengitar semula di sesebuah komuniti:



  • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
  • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
  • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula. 

Haa kalau nak lagi jelas, ini Bella letakkan gambar sebagai gambaran bagaimana hendak aplikasikan 3R ini. 









 



Friday, 28 April 2017

Hai semua! Assalamualaikum! 💕💕

Apa khabar? Sihat semua? Bella harap semua sihat belaka. Hari ini Bella masih dalam mood kitar semula. Hehehehe 😁😁😁 Jangan tanya kenapa Bella masih lagi dalam mood kitar semula.

Benda baik kita amalkan bersama. Sama-sama kita dapat manfaat daripada apa yang kita buat. Betul kan? 😊

Oleh itu, Bella nak kongsi antara keratan akhbar yang menunjukkan akan kitar semula yang telah dijalankan di negara kita.




  • Kesedaran tentang kitar semula ini memang patut dijalankan dari peringkat sekolah lagi.
  • Dengan adanya kelab Kitar Semula di semua sekolah, para pelajar sedikit sebanyak dapat menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang kepentingan kitar semula serta aktiviti yang boleh dilakukan dengan bahan terpakai.


Dalam masa yang sama, Bella terjumpa akan satu laporan tentang program kitar semula yang dijalankan oleh Kelab Alam Sekitar oleh IPG Batu Melintang.


LAPORAN AKTIVITI KITAR SEMULA

Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi 2011/2012. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama. 

Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Warden, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan telah disampaikan oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “Recycle, Reuse and Reduce” kali ini merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman Pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini.


Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang berhadapan dengan sinki di blok KKWA dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakkan guru-guru pelatih meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpul menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas gotong-royong dijalankan.


Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Institusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa-masa akan datang. 

PENDAPAT BELLA 😀: 


Bagi Bella, kesedaran akan kitar semula ini memang perlu dipertingkatkan. Kenapa? Banyak manfaat yang semua orang boleh dapat. Antaranya ialah dapat mengurangkan jumlah sampah yang bertambah dari hari ke hari. Di samping itu, kita dapat gunakan balik bahan terpakai yang sedia ada untuk dijadikan bahan yang berguna untuk kita. Bella harap, dengan pengkongsian tentang kitar semula ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai akan pentingnya kitar semula. 




Hai semua! 💗💗

Kali ini Bella nak cerita pasal aktiviti-aktiviti yang kita boleh buat dengan bahan-bahan kitar semula. Sebelum itu, adakah semua tahu mengenai tong sampah untuk bahan kitar semula? 

Okay. Bagi sesiapa yang masih sama-samar tentang apa itu tong sampah ktar semula serta fungsinya, baca maklumat dibawah ini.


TONG SAMPAH KITAR SEMULA

Setiap bahan yang mahu dikitar semula hendaklah diletakkan ataupun diasingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bahan-bahan tersebut boleh diletakkan di dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran di kawasan masing-masing. Berikut gambaran tong sampah kitar semula.





Maksud warna setiap tong sampah kitar semula.



Okay. Sekarang kita masuk bab aktiviti yang boleh dibuat menggunakan bahan kitar semula. Bella sebenarnya tak kreatif sangat bab-bab nak kreatif dengan bahan kitar semula. Tapi kadangkala Bella akan guna macam cawan plastik yang besar yang selalu orang guna masa berniaga jual air tu untuk digunakan semula menjadi apa-apa bekas seperti bekas letak sudu atau pisau. Hehehehe. 

Disebabkan Bella ini tak berapa nak kreatif, Bella cari di internet macam mana nak guna bahan kita semula ini dengan kreatif. Masyaallah! Banyak sungguh! Mungkin Bella yang malas nak cari sebelum ini. Hehehehe. Disebabkan Bella tengah rajin, ini Bella ada kongsi sedikit sebanyak aktiviti apa yang boleh dibuat dengan menggunakan bahan kitar semula.






  • Okay gambar-gambar di atas ini adalah antara bahan kitar semula yang telah diguna pakai semua. Apakah bahan itu? Jeng jeng jeng! Jawapannya adalah KERTAS
  • Dengan kertas, macam-macam boleh dibuat. Antaranya ialah pinggan kertas yang dijadikan beg kecil comel untuk adik-adik comel. Bella tengok comel juga beg tu 😍😍. Hehehe. 
  • Selain itu,buku yang sudah tidak dipakai juga boleh dibuat bekas untuk meletakkan pensel, pembaris serta pen. Alah senang cerita buat tempat letak alat tulis. Haha kan senang.







😍
  • Cantik kan? Haa botol kaca pun boleh dibuat perhiasan cantik selepas dikitar semula. 
  • Tak payah dah nak bazir duit untuk hias rumah guna lampu mahal-mahal kalau boleh guna botol kaca terpakai sama ada yang berwarna warni ataupun tidak. 








  • Haa kalau tadi Bella cakap Bella guna cawan plastik yang besar tu sebagai bekas letak sudu, tin terpakai boleh juga. 
  • Mana nak dapat tin ini? Senang saja. Tin susu or air tin berkarbonat itu boleh guna. Habis minum, basuh elok-elok (tapi hati-hati sebab tin kan tajam), lepas itu keringkan dan boleh mula hias ikut kreativiti anda. Senang kan?







  • Okay yang terakhir ialah plastik. Bahan ini antara selalu orang guna sebab bahannya senang untuk dibentuk mahupun dipotong serta banyak dijumpai di sekeliling rumah kita.
  • Lagipun, banyak produkkan dibungkuskan dalam bahan berasaskan plastik jadi tiada masalah jika anda mahu berkreatif sebanyak yang mungkin. Hehehe.
Sebenarnya banyak lagi bahan terpakai yang boleh dikitar semula untuk dijadikan macam-macam benda yang kita mahu. Bella cuma kongsikan antara bahan serta aktiviti yang mungkin atau akan anda lakukan jika anda berminat setelah melihat gambar-gambar ini. Semoga anda semua dapat manfaat daripada perkongsian Bella ini. 

Thursday, 27 April 2017

Assalamualaikum & hai semua! 💗💗

Nama saya Bella dan ini kali pertama Bella guna blog sebagai platform untuk berkongsi maklumat-makluamt yang berguna dan berfaedah untuk kegunaan kita bersama. 

Sebelum ini, Bella memang tak pernah ada blog dan tak pernah terlintas pun nak buat blog . Blog ini terhasil daripada hasil "assignment" subjek MTE oleh pensyarah Bella yang bernama Puan Juwita. 

Puan, Bella cuba ya? Hehehehe. 😀😀

Untuk orang baru macam Bella ini, Bella nak kongsi sedikit maklumat mengenai kitar semula. Ha mesti awak yang tengah baca ini pelik kan "Kenapa kitar semula?" , " Tak ada tajuk yang lebih menarik ke?".

Kitar semula satu topik yang sangat menarik dan bagus, Kenapa? Sebab topik ini sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan seharian kita. Tak percaya? Jom baca perkongsian yang Bella letak. Ayuh!!


DEFINISI KITAR SEMULA 


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.


KENAPAKAH KITA PERLU MENGAMALKAN KITAR SEMULA?


  • Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak perlupusan sampah.
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
  • Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
  • Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
  • Menjana pendapatan dengan mudah.
  • Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
  • Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas
  • Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
  • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Bahan-BAHAN KITAR SEMULA

Di sekeliling kita, terdapat banyak bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Antaran bahannya ialah kertas, kaca, plastik dan tin.






  • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.
  • Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku.
  • Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah.





  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.
  • Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.
  • Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.
  • Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.




  • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
  • Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasinganplastik mengikut jenis terlebih dahulu.
  • Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.





  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
  • Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
  • Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
  • Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.
  • Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.




Tuesday, 11 April 2017



Bang Bang Bang!
Hola!

HAI! Selamat datang ke blog Bella. Blog Bella ini baru saja nak beroperasi 😂😂, jadi faham-fahamlah dan sila fahamilah akan kekurangan yang ada. Yang baik datang daripada Allah. Yang kurang itu adalah daripada kelemahan Bella sendiri. Jangan risau. Bella tak akan kongsi benda-benda merepek 😁😂. Oleh itu, selamat meneroka! XOXO 💗💗💋

Hai semua!! 💕💕 Kita jumpa lagi. Terima kasih sebab sudi menjengah ke blog Bella. Bella harap melalui perkongsian Bella yang telah Bella...