Thursday, 27 April 2017

Assalamualaikum & hai semua! 💗💗

Nama saya Bella dan ini kali pertama Bella guna blog sebagai platform untuk berkongsi maklumat-makluamt yang berguna dan berfaedah untuk kegunaan kita bersama. 

Sebelum ini, Bella memang tak pernah ada blog dan tak pernah terlintas pun nak buat blog . Blog ini terhasil daripada hasil "assignment" subjek MTE oleh pensyarah Bella yang bernama Puan Juwita. 

Puan, Bella cuba ya? Hehehehe. 😀😀

Untuk orang baru macam Bella ini, Bella nak kongsi sedikit maklumat mengenai kitar semula. Ha mesti awak yang tengah baca ini pelik kan "Kenapa kitar semula?" , " Tak ada tajuk yang lebih menarik ke?".

Kitar semula satu topik yang sangat menarik dan bagus, Kenapa? Sebab topik ini sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan seharian kita. Tak percaya? Jom baca perkongsian yang Bella letak. Ayuh!!


DEFINISI KITAR SEMULA 


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.


KENAPAKAH KITA PERLU MENGAMALKAN KITAR SEMULA?


  • Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak perlupusan sampah.
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
  • Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
  • Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
  • Menjana pendapatan dengan mudah.
  • Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
  • Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas
  • Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
  • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Bahan-BAHAN KITAR SEMULA

Di sekeliling kita, terdapat banyak bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Antaran bahannya ialah kertas, kaca, plastik dan tin.






  • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.
  • Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku.
  • Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah.





  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.
  • Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.
  • Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.
  • Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.




  • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
  • Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasinganplastik mengikut jenis terlebih dahulu.
  • Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.





  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
  • Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
  • Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
  • Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.
  • Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.




No comments:

Post a Comment

Hai semua!! 💕💕 Kita jumpa lagi. Terima kasih sebab sudi menjengah ke blog Bella. Bella harap melalui perkongsian Bella yang telah Bella...